Cikgu Dari Dekat


LATAR BELAKANG Cikgu!

Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Roshani binti Hj Abdul Mutalib dan lebih dikenali sebagai Cikgu Hani.Saya adalah pemilik dan pengasas Mualim Education Development Center yang memakai jenama mualimtm. Saya berpengalaman luas dalam bidang pembelajaran dan pengajaran KBSR, KSSR dan KBSM. Sebelum tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara pada tahun 2006 dan berjaya menggenggam segulung ijazah (Ijazah Sarjana Muda sains geomatik), saya sudah berjinak jinak dengan home tuition. Saya mulakan kelas saya selepas kuliah, kebiasaanya pada waktu malam. beginilah rutin saya semasa bergelar mahasiswi UiTM. Selepas tamat Ijazah Sarjana Muda saya terus menyambung pengajian ke peringkar masterpada tahun 2009, saya berjaya menghasilkan sebuah tesis dan menerima ijazah sarjana (sarjana sains maklumat geografi) Atas sikap  dan komitmen, saya ditawarkan jawatan sebagai pensyarah kontrak di UiTM Shah Alam. Saya bekerja di sana selama 2 tahun dan terpaksa menamatkan karier saya ketika itu kerana mengikut insan tercinta berhijrah ke tempat lain.

Setelah menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah, saya merasakan adalah satu kerugian yang besar jika saya tidak memanfaatkan ilmu yang saya ada . Maka disinilah titik tolak bermulanya kerjaya saya sebagai FULL TIME TUTOR dan seorang usahawan. Saya lebih selesa memiliki perniagaan sendiri kerana ingin memperuntukkan lebih banyak masa bersama suami, keluarga dan juga dapat membantu ramai orang.