Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia..


Kecemerlangan anak bermula dari rumah. Kejayaan dalam mencorakkan anak melalui medium pendidikan samada dari segi akademik dan agama adalah kunci dalam mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Keprihatinan tuan/puan sebagai ibu dan bapa dalam menitikberatkan pendidikan anak akan mendorong mereka mencapai kecemerlangan yang maksimum. Setiap umat islam samada lelaki dan perempuan digesa untuk mendapatkan untuk mendapatkan dunia dan akhirat.

Perkhidmatan Tuisyen di Rumah

Pembelajaran di sekolah sahaja adalah tidak cukup untuk mendorong anak untuk menggapai KECEMERLANGAN. Bahkan, ramai pelajar yang sudah BERJAYA telah menggunapakai sistem tuisyen di rumah. Hampir 90% ibu bapa pelajar-pelajar bukan Melayu yang menggunakan khidmat tuisyen di rumah dan telah menunjuk prestasi yang CEMERLANG.
Namun, ibu bapa dan pelajar Melayu pada masa sekarang juga telah mengetahui dan memahami akan kepentingan tuisyen terutamanya ‘Home Tuition’ bagi merealisasikan cita-cita dan impian setiap anak untuk menjadi tunggak Negara Malaysia pada masa hadapan.
Dewasa ini, Negara Malaysia telah melahirkan ramai tenaga-tenaga pakar dan professional di kalangan bumiputera yang sangat kompeten dan berpengetahuan tinggi. Didikan anak pada masa sekarang sangat penting bagi meneruskan kesinambungan ini.

Home Tuition sebagai Alternatif Terbaik
a) Pengfokusan terhadap murid/pelajar adalah 100%. Pelajar mendapat perhatian penuh dari pelbagai sudut pengajaran. Inilah kelebihan Home Tuition yang tidak dapat diberikan di sekolah.

b) Meningkatkan keyakinan murid/pelajar untuk berani bertanya. Ini terbukti kerana, hampir 80% pelajar yang berada di dalam bilik darjah di sekolah agak malu untuk bertanya atau terlalu takut samada diketawakan atau dimarahi oleh guru kerana bertanyakan soalan yang dianggap remeh. Home Tuition memberikan peluang 100% kepada murid/pelajar untuk bebas bertanya.

c) Kebertanggungjawaban terhadap murid/pelajar menjadi keutamaan. Ini benar, kerana kebanyakan sekolah hanya sibuk untuk menghabiskan silibus dengan cepat dan kebanyakan pusat tuisyen juga hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Home Tuition sangat menitikberatkan kadar penerimaan murid/pelajar terhadap teknik pengajaran yang digunakan.

d) Persekitaran belajar yang lebih disukai oleh murid/pelajar. Persekitaran atau tempat belajar untuk murid/pelajar sangat mempengaruhi tahap mudah serap ilmu yang disampaikan oleh guru. Dengan pengajaran yang dijalankan dirumah akan memberikan keselesaan sepenuhnya kepada murid/pelajar.

e) Ibu bapa sendiri dapat memerhatikan kesungguhan dan prestasi belajar anak di rumah tanpa perlu risau akan keselamatan anak yang perlu keluar ke kelas tuisyen. Sudah pasti ini menjadi jaminan yang anak anda benar-benar belajar tanpa perlu risau jika anak ponteng ke tempat lain.

f) Menaikkan semangat dan minat belajar murid/pelajar. Teknik mengajar yang berbeza daripada di sekolah dan pusat tuisyen akan memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada murid/pelajar untuk menonjol.




Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelajar di Malaysia

Apa masalah utama ? Disini saya senaraikan beberapa contoh:

1) Tidak memahami konsep yang diajar.
Untuk mempelajari dan menguasai subjek ini, pelajar perlu peka dan fokus ketika proses pengajaran dijalankan. Ini adalah subjek yang agak mustahil untuk difahami dalam masa yang singkat dan bagi pengamal belajar saat akhir. Penguasaan asas bagi subjek ini ialah memahami konsep Catatan Bergu iaitu memahirkan diri dengan ‘Debit dan Kredit’.

2) Kurang Membuat Latihan
Latihan yang sangat banyak diperlukan bagi memahirkan diri. Setelah mahir, pelajar akan menjawab soalan atas dasar ‘FAHAM’ dan ‘HAYATI’, bukan setakat ‘COPY’ dan ‘PASTE’. Ini sangat bahaya kerana pembuat soalan boleh mengolah soalan yang mudah menjadi sangat susah dan memeningkan. Maka latihan sangat dititikberatkan dan inilah rahsia untuk menguasai Akaun.


3) Tidak Memahami Kehendak Soalan
Soalan yang mudah boleh menjadi sangat sukar jika pelajar gagal membaca arahan dan kehendak soalan dengan tepat. Dalam situasi ini, teknik menjawab perlu disusun dengan betul dan penuh berhati-hati. Di dalam subjek akaun, satu kesilapan konsep walhal angka sekalipun akan pasti mempengaruhi keseluruhan jawapan.

4) Terlalu Banyak Formula Dan Format Perlu Dihafal
Tidak ada satu subjek pun yang tidak menggunakan formula dan format. Menghafal formula dan format adalah prinsip utama Akaun. Rahsia untuk menghafal format adalah mengetahui perkaitan, keutamaan dan kepentingan setiap ‘point’ di dalam format itu.


Pelajaran akan menjadi mudah jika pelajar betul-betul berminat ,memahami ,menggunakan khidmat Mualim Tuition. InsyaAllah.